ADAB-ADAB BERDOA YANG BETUL DALAM ISLAM
Doa itu senjata orang mukmin. Senjata mestilah tajam begitu juga dengan doa. Jika senjata itu tumpul bagaimana Allah SWT akan memperkenankan doa kita. Pelbagai cara orang menadah tangan ketika berdoa.Kaedah yang baik dan tampak sopan ketika bermunajat dengan Allah SWT adalah lambang kesungguhan, lambang penuh pengharapan kita kepada Khalik.
Pada tapak tangan kita ada banyak lambang kebesaran dan kemuliaan Allah SWT termasuk 99 nama Allah.
Kita akan nampak urat tangan kanan dan kiri bercantum seakan membentuk sampan. “Apabila urat tangan itu bertemu ia akan menjadi hufur ‘ba’ . Titik ‘ba’ letak di hati kita. Kedudukannya rendah dari tangan yang kita tadah. Setiap huruf hijaiah di dalam Al-Quran Allah perintahkan satu malaikat menjaganya.Maka malaikat yang menjaga hufur ‘ba’ bernama ‘Har Hayaail’. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus mengadap Allah SWT tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoalah bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan” .
Duduklah dalam keadaan iftirasy dan duduk tahayat akhir. Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar.
BERIKUT ADA PANDUAN TATA CARA BERDOA IAITU:
1. Angkat tangan paras dada.
2. Rapatkan kedua-dua belah tapak tangan.
3. Apabila urat tangan bertemu ia akan menjadi seperti huruf BA ب . Titik BA terletak di hati kita. Kedudukannya rendah dari tangan yang kita tadah. Setiap huruf hijaiah di dalam Al-Quran ada malaikat yang menjaganya.
Huruf BA dijaga oleh malaikat yang bernama ‘HAR HAYAAIL’. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus mengadap Allah SWT tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoa bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan.
4. Duduk dalam sopan seperti iftirasy dan duduk tahiyat akhir. Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar atau bersandar.
5. Sepanjang berdoa, perbanyakkan memuji Allah SWT dan menyebut nama-nama Allah yang lain yang bersesuaian dengan keperluan doa kita pada masa itu. Contoh: Jika berdoa dipermudahkan rezeki, sebutlah nama "AR-RAZAQ" dan disusuli dengan selawat Nabi SAW.
6. Berdoalah bersungguh-sungguh dari hati. Guna bahasa yang dapat difahami kerana Allah Maha Pengasih dan sangat memahami dan mendengar segala bicara tulus hamba-hambaNya.
7. Ajarkan adab-adab berdoa kepada seluruh ahli keluarga sedari usia kecil .InsyaAllah ia akan dapat membentuk peribadi baik dalam kehidupan.
Wallahu'alam.
0 komentar:
Posting Komentar